Peralatan dapur berkualiti tinggi yang
direka dan dibentuk untuk anda di Australia
 
"Seperti kata orang tua-tua: anda bayar untuk KUALITI dan KUALITI akan kekal lama" - Justin Chellis, Ayr, Queensland.

Tentang Froothie

 

 


Froothie – Pengedar Optimum©

Pengembaraan Froothie bermula dengan sebuah syarikat Australia mempromosikan dan membekalkan buah-buahan berkhasiat, sayur-sayuran dan peralatan untuk kafe dan bar jus, menggalakkan mereka mempromosikan minuman lebih sihat yang digelar ‘’Froothie’’ – bermain atas nama ‘’Smoothie’’.

Dari situ secara pantasnya idea kecil ini berkembang menjadi obsesi dalam mempromosikan pemakanan sihat secara umum – bukan hanya kadang-kadang, dan persatuan-persatuan yang berkembang secara pesat membangun termasuklah kerjasama strategik yang eksklusif dengan pembekal pengisar dan pemerah jus Australia yang terkenal secara global: Optimum Appliances, untuk mempromosikan makanan dan minuman sihat di dalam setiap isi rumah.

Hari ini, misi kami ringkas dan jelas: Membantu orang ramai ke arah gaya hidup yang lebih sihat sementara mempromosikan Optimum kami yang pelbagai dan eksklusif. Kami berkongsi pengetahuan dan maklumat kami untuk kehidupan yang sihat melalui Bengkel, Video YouTube, Blog Baru kami, Outlet Media yang Pelbagai dan Kerjasama Strategik di dalam Australia dan di luar negara.


Pelbagai Peralatan Optimum Baharu www.optimum-apliances.com

Pengisar Optimum© milik dan dioperasikan oleh orang Australia dikenali sebagai salah satu jenama global untuk pengisar berkelajuan tinggi yang tahan lama untuk kedua-dua kegunaan domestik dan komersial. Optimum 9400 telah menerima pujian antarabangsa daripada chef dan peminat makanan sebagai produk berkualiti tinggi kerana bukan hanya menghasilkan smoothie dan jus, tetapi dengan pelbagai fungsi termasuk pemanasan, pembekuan, pengulian, pengisaran, mencincang, menghiris, mencampurkan dan banyak lagi.


Pemerah jus termampat sejuk Australian Optimum telah mengikuti sut dalam mendapat pujian seluruh dunia untuk kualiti dan prestasinya. Pemerah jus Optimum 400 dinilai #1 di UK oleh T3 Magazine, dan Optimum 600 yang baru dipatenkan pemerah jus yang perlahan, merevolusikan industri dengan memerah jus kesemua buah-buahan dan sayur-sayuran tanpa perlu memotong bahan-bahannya.


Domestik

Kejayaan pengisar dan pemerah jus Optimum di dalam Australia dan seluruh dunia telah membawa kepada anjakan oleh Froothie ke dalam industri makanan sihat domestik, dengan kejayaan hebat berkembang secara global dan mewujudkan pejabat-pejabat di seluruh dunia. Semua perkakas dilindungi oleh jaminan Froothie yang tiada tolok bandingnya dengan pusat perkhidmatan seluruh negara dan pasukan sokongan untuk sebarang pertanyaan segera.

Perkembangan dalam kehidupan sihat semasa juga telah membawa kepada Kedai Kesihatan Dalam Talian milik Froothie. Kesukaran mencari makanan organik berkualiti dan juga makanan super, dan harga produk-produk sebeginiyang melambung adalah sebab mengapa Froothie telah bergabung tenaga dengan pelbagai petani dan pembekal untuk membawakan anda makanan organik mentah yang terbaik dan bernutrisi di bawah satu bumbung, dan pada harga terendah, One-Stop-Shop Anda untuk pemakanan sihat!


Komersial

Tujuan Froothie Australia adalah untuk membantu kafe, bar jus dan van smoothie meningkatkan jualan smoothie mereka dan juga memperkenalkan produk-produk baru yang mengujakan dan sihat ke dalam menu mereka.

Pengalaman pasukan kami dalam menyediakan bar jus, termasuk francais-francais terkenal, telah menyediakan Froothie dengan pengalaman tidak ternilai untuk membantu pemilik-pemilik perniagaan mewujudkan dan mengembangkan jualan smoothie mereka.

Kejayaan Froothie sejak ia dilancarkan adalah luar biasa dengan kafe yang tidak pernah menjual smoothie mencapai jualan eksponen dan jualan di bar jus dengan lebih daripada dua kali ganda dalam kurang daripada 5 bulan. Ini telah dicapai dengan bahan pengiklanan Froothie yang menarik perhatian, smoothie yang lazat dan berkhasiat dan populariti jenama Froothie yang berkembang. 

Untuk maklumat lanjut, klik sini jika anda dari kafe atau sini jika anda dari bar jus



 

Copyright Athena Solutions Pty Ltd

contact info

  • Athena Solutions Pty Ltd – Froothie (MY)
    Unit 4, 173-181 Rooks Road
    Vermont VIC 3133
    Australia
    ABN: 17 149 490 602
    Customer service : sales@froothie.my

INSTAGRAM