Peralatan dapur berkualiti tinggi yang
direka dan dibentuk untuk anda di Australia
 
"Seperti kata orang tua-tua: anda bayar untuk KUALITI dan KUALITI akan kekal lama" - Justin Chellis, Ayr, Queensland.
Soalan-soalan Lazim Optimum
 

Apakah fungsi Optimum?

KEGUNAAN DOMESTIK:Dengan pemasangan bilah pelbagai guna dan kelajuan yang mengejutkan mencecah 48,000 rpm, Pengisar Optimum© mampu menghasilkan pelbagai fungsi penyediaan makanan seperti pengisaran, pendaduan, pempurian, pemotongan, pencampuran, pencanaian, pemanasan, penyejukan dan pemutaran pelbagai jenis makanan. Optimum boleh mengisar semuanya dari buah-buahan dan sayur-sayuran, biji kopi, ais, pelbagai rempah dan juga daging, jadi sama ada anda ingin membuat sup panas, semangkuk besar ais krim, smoothie sayuran hijau atau keseluruhan juadah, Optimum adalah tepat untuk anda. Enjin yang berkuasa dan bilah berkelajuan tinggi boleh mengawal makanan beku dan panas dan juga makanan bersuhu bilik. Sudah pasti Optimum adalah perkakas dapur tunggal yang bersifat unggul dan membawa kelainan.

KEGUNAAN KOMERSIAL:Motor Optimum 2,238 - 2,611 Watt membenarkannya menahan kegunaan berat bar jus atau kafe, menghancurkan ais dan membuat smoothie dan jus lazat dalam beberapa saat. Tiada hirupan dan kunyahan apabila menggunakan Optimum, kelajuan dan kuasa motor bermakna setiap minuman akan dikisar ke tekstur rata untuk memastikan kepuasan pelanggan yang berterusan. Optimum dilengkapkan dengan panel pengisaran automatik sama ada 20, 35 dan 45 saat atau dial kawalan kelajuan yang pelbagai, membenarkan pengguna membuat minuman tanpa perlu mengawasinya dengan menekan butang, atau fungsi yang lebih halus dengan menghidupkan dial, Mudah dan ringkas!


Apa yang membezakan Optimum dari pengisar rumah yang lain?
 
Optimum ialah pengisar bergred-komersial, mengalahkan dan tahan lama daripada pengisar-pengisar domestik sementara menjadikan bar jus-smoothie berkualiti dan restoran-makanan berkualiti.
Pengisar-pengisar rumah yang biasa gagal memiliki kuasa yang dibina di dalam setiap Optimum, yang sentiasa boleh menjalankan pelbagai tugas-tugas dapur. Semasa membeli pengisar, terdapat tiga komponen yang perlu anda cari: Kuasa motornya, kelajuan bilah dan tahap kebisingan. Motor Optimum mempunyai motor yang hebat yang boleh mencecah sehingga 2,611 Watts. Bilahnya boleh berpusing pada kelajuan sehingga 48,000 rpm, dan tahap kebisingannya ialah minimum 80-90 desibel.


Apa yang terjadi jika pengisar tidak menepati jangkaan kami?

Syarikat kami kini menawarkan pelanggan dengan tempoh percubaan, dengan pilihan untuk memulangkan pengisar dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan pengisar atau bayaran balik penuh. Ini membenarkan anda mencuba pengisar di dalam dapur anda sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyimpannya atau tidak. Ini menunjukkan keyakinan kami di dalam kualiti dan prestasi pengisar kami. Satu lagi insentif yang kini ditawarkan oleh Froothie ialah diskaun yang banyak lebih daripada 40%. Pengurangan harga adalah bertujuan untuk membina reputasi jenama di dalam Australia dan luar negara, memperoleh pengiktirafan dan menjadi pesaing besar di dalam industri yang dimonopoli.


Mengapakah Optimum lebih mahal daripada pengisar rumah yang biasa?

Optimum memegang status bergred-komersial sebagai pengisar profesional kegunaan berat. Pada kadar harga $431 - $641, ia mungkin lebih mahal daripada kebanyakan pengisar domestik, tetapi ia peranti berkualiti tinggi yang akan tahan seumur hidup (10-tahun waranti domestik), membuktikannya teman Nombor 1 anda di dalam dapur anda. Lagipun, ada yang menyatakan, "jimat wang tetapi jangan gadaikan kualiti." Optimum benar-benar menterjemahkan konsep ini.


Bagaimana Optimum bersaing dengan pemproses makanan biasa?

Optimum telah direka bertahun-tahun untuk memastikan ia mampu menghasilkan lebih fungsi pengisaran berbanding pemproses makanan biasa anda, dengan matlamat menjangkaui jangkaan anda. Pemasangan 6-bilah boleh berpusing pada kelajuan hebat untuk memastikan Optimum menyempurnakan tugas-tugas penyediaan makanan dengan keberkesanan yang tidak berkurang, dalam masa yang sama masih membuktikannya mudah dibersihkan dan dikendalikan.

Pilihan pemotongan makanan juga tersedia semasa menggunakan Optimum dengan mendenyutkan makanan secara beransur-ansur tanpa pengisaran berlebihan.


Bagaimana mekanisme penyediaan makanan Panas/Sejuk berfungsi di dalam Optimum?

Optimum adalah perkakas unik yang mampu membekukan ais krim atau memanaskan sup. Untuk pemprosesan makanan panas, Optimum mempunyai pilihan mengisar makanan pada kelajuan TINGGI, memusingkan enam bilah keluli tahan karat pada 44,000-48,000 rpm untuk menghasilkan haba geseran. Dalam beberapa minit, sup atau makanan lain akan dihidangkan  panas berwap. Bagi bahan-bahan beku, terima kasih kepada bilah laju sama makanan beku dihancurkan pada kelajuan tinggi, tiada masa untuk pencairan sementara membenarkan campuran untuk membeku semula.

Sila ambil perhatian fungsi pengisaran Optimum 20, 35 dan 45 saat membenarkannya membuat minuman termasuk smoothie dan jus tanpa memanaskan kandungan. Fungsi ini, hanya tersedia di dalam pengisar-pengisar komersial, membenarkan Optimum untuk beroperasi pada kelajuan pelbagai, secara automatik perlahan dan laju untuk memastikan tiada geseran haba berlaku. 


Apakah arahan pembersihan yang perlu kami ikuti untuk Optimum?

Optimum ialah perkakas yang sangat mudah dibersihkan. Untuk bar jus membuat minuman dan smoothie, hanya perlu bilas dengan air. Apabila membuat juadah yang lebih canggih seperti sup atau celupan, hidupkan perkakas pada kelajuan tinggi untuk 30 ke 60 saat sementara bekas diisi dengan air suam dan pencuci pinggan, kemudian bilas dan keringkan.

Bagi permukaan lain, hanya perlu lap kan dengan kain basah. Sila ambil perhatian bahawa Optimum tidak tahan dengan mesin basuh pinggan mangkuk, dan tolong elak sebarang pencuci atau lapik lelas. 


Adakah resipi tersedia dengan Optimum?

Disebabkan anda akan mempunyai peranti masakan yang berkuasa, Froothie menyediakan semua pelanggan dengan buku resipi menarik 83 halaman mengandungi minuman dan makanan lazat di hujung jari anda. Optimum anda mampu menghasilkan semua jenis juadah, dari mentega kacang yang sedap, ke gourment ais krim, ke sos dan sup panas, ke smoothie yang kaya nutrisi dan berbeza untuk setiap hari pada musim panas. Langit adalah terhad dan tanpa mahu menyekat usaha niaga kulinari anda, buku resipi Froothie akan menggegarkan tunas rasa anda, dengan setiap resipi direka secara khusus untuk Optimum.

Untuk pembeli komersial, Froothie menyediakan resipi ringkas digunakan sebagai panduan di dalam bar jus dan kafe untuk menghasilkan smoothie dan penghancuran ais yang hebat. Resipi ini telah dihasilkan oleh ahli-ahli kami yang paling berpengalaman, yang telah membantu mengembangkan francais seperti Boost Juice dan Pure Natural.


Adakah Optimum memecahkan sel dinding untuk membebaskan enzim?

Ya, Optimum memecahkan sel dinding makanan mentah untuk menjadikan enzim lebih terbioterkesediaan. Tanpa perlu memecahkan molekul besar makanan, usus akan kurang bekerja. Lebih tenaga boleh ditumpukan ke organ-organ lain yang mungkin tidak sihat atau bertoksik. Nutrien-nutrien bernilai terkunci di dalam pulpa, kulit dan benih buah-buahan dan sayur-sayuran tidak boleh diserap dengan mudah apabila makanan ini dikunyah. Optimum memecahkan makanan tersebut ke dalam partikel mikroskopik untuk membebaskan manfaat nutrisi mereka dan juga rasanya yang lazat.


Apakah perbezaan antara pelbagai model Optimum?

Optimum 9200 - Generasi Ke-2 sesuai untuk membuat smoothie, jus, mentega kacang, sup panas, salsa, celupan dsb. Optimum 9200 - Generasi Ke-2 juga didatangkan dengan pilihan Waranti 10-Tahun, dan ia adalah pengisar bergred-komersial, oleh itu, ia boleh bertahan bertahun-tahun tanpa sebarang masalah.
 
Optimum 9400 seiras dengan 9200 - Generasi Ke-2, dikilangkan menggunakan bahagian-bahagian tahan lasak berkualiti tinggi yang sama. Perbezaan utama ialah pada fungsinya: dial (9400) vs. butang (9200 - Generasi Ke-2), dan juga bilah yang lebih panjang dan motor Optimum 9400  yang lebih canggih.
 
Manfaat dial 9400 ialah ialah lebih terkawal, dan manfaat butang 9200 - Generasi Ke-2 ialah fungsi pemasa automatik semasa sibuk yang sesuai untuk smoothie dan jus. Pemasangan 6-bilah kedua-dua model lebih panjang daripada sebarang pengisar lain, membenarkan kebolehan untuk pemotongan, hirisan dan pencanaian hebat untuk sesuai untuk kegunaan domestik. Fungsi pemasa 9200 - Generasi Ke-2 ialah satu lagi ciri hebat untuk pengguna-pengguna yang sibuk yang inginkan smoothie pantas semasa dalam perjalanan!
 
Optimum 9900/9900A ialah penjana bergred-komersial untuk bar jus menghasilkan beratus-ratus minuman setiap hari. 9900/9900A lebih berkuasa dan lebih pantas daripada sebrang pengisar lain di dalam industri, dan akan menjalankan fungsi sama yang disebutkan di atas tetapi pada kelajuan sedikit pantas. Kusa tambahan tidak akan membuat sebarang perbezaan apabila digunakan secara domestik, dan menjadi kelebihan untuk pelanggan komersial besar kami. Kelajuan yang sedikit tinggi (44,000 vs. 48,000rpm) tidak akan membuat sebarang perbezaan signifikan di dalam proses pengisaran. 9900/9900A direka secara utama untuk minuman, dan sementara ia berupaya mencapai fungsi-fungsi sama dengan 9200 - Generasi Ke-2 dan 9400 di dalam persekitaran domestik, ia tidak direka untuk tujuan tersebut.
 

Copyright Athena Solutions Pty Ltd

contact info

  • Athena Solutions Pty Ltd – Froothie (MY)
    Unit 4, 173-181 Rooks Road
    Vermont VIC 3133
    Australia
    ABN: 17 149 490 602
    Customer service : sales@froothie.my

INSTAGRAM