Peralatan dapur berkualiti tinggi yang
direka dan dibentuk untuk anda di Australia
 
"Seperti kata orang tua-tua: anda bayar untuk KUALITI dan KUALITI akan kekal lama" - Justin Chellis, Ayr, Queensland.

Soalan Lazim Ditanya Pemerah Jus Perlahan Optimum 

Permulaan Yang Baik ialah Video Pengenalan Pemerah Jus Optimum Anda!


Apakah perbezaan antara skrin jaringan halus, skrin lubang lebih besar dan skrin plat kosong (tiada lubang)?

Pemerah jus mempunyai skrin jaringan halus untuk penghasilan lebih keras (Bahan ULTEM/PEI), skrin kasar untuk penghasilan lembut termasuk buah-buahan (Bahan Nilon).

Skrin jaringan halus mempunyai lubang yang lebih kecil untuk mengurangkan pulpa ke dalam jus. SKrin kasar membenarkan lebih banyak jumlah pulpa. (penuh fiber untuk memasuki jus)

Dalam kebanyakan kes skrin jaringan halus boleh diguankan pada bila-bila masa, kecuali jika anda inginkan jus yang lebih berpulpa, tetapi ini adalah keutamaan peribadi anda.

Skrin tiada lubang/kosong, kadangkala dipanggil plat homogenan (Bahan ULTEM/PEI) digunakan untuk membuat mentega kacang, ais krim, makanan bayi dan tidak mengasingkan sebarang cecair dari pulpa. 


Tip menggunakan Optimum 400 dan mengelakkan sebarang sumbatan semasa mengurangkan pulpa:

Tip #1) Jangan tekan/tolak makanan ke dalam pemerah jus

Kebanyakan daripada kita pernah menjus dengan mesin pemerah jus emparan gaya kuno. Jika anda ingat, mesin-mesin ini memerlukan anda menolak/menekan makanan ke dalamnya, dan membenarkan item yang besar seperti keseluruhan epal. Anda perlu menekan dengan kuat pada lobak merah dan epal untuk menolaknya ke bilah berpusing di mana ia akan dicarik ke bentuk yang kecil.

Jangan gunakan daya tekanan/tolakan yang sama dengan Pemerah Jus Optimum atau pemerah jus perlahan yang lain. Tiada bilah berpusing dan tiada pusing siat. Tiada tekanan diperlukan. Sebaliknya, hanya biarkan makanan anda jatuh ke dalam "gerimit kisaran". Secara virtualnya tiada tekanan diperlukan, dan paksaan lebih makanan ke dalam kisaran boleh menyebabkan banyak jisim sayuran tersumbat di dalam gerimbit, menyebabkan pulpa tertumpah ke jus anda, atau pemerah jus tersumbat.

Semasa menjus rumput gandum, masukkan Pemerah Jus dengan jumlah rumput gandum yang sedikit, potong rumput ke potongan pendek lebih kurang 3cm panjang. Ini memastikan sisa mudah dikeluarkan daripada saluran sisa. Anda tidak perlu "menggumpalkan" rumput ke bentuk bola. Malah, anda boleh dengan perlahan memasukkan elemen rumput, ketumbar, parsli, kubis bayam dan tumbuhan hijau yang lain tanpa sebarang tekanan diperlukan.

Tip yang bagus untuk sayuran berdaun besar, berserabut atau berserat ialah untuk membuang daun daripada tangkainya, potong kedua-dua daun dan tangkai ke panjang 3-5cm dan masukkan secara lembut, membiarkan gerimbit menarik bahan-bahan ke dalam pemerah jus, menggunakan pengacau hanya jika diperlukan.

Tip #2) Juskan tumbuhan rendah serat dahulu, dan tumbuhan tinggi serat terakhir

Ini adalah tip yang sangat penting: Jika anda ingin menjuskan tumbuhan berserat tinggi seperti saderi atau bayam, juskan terakhir sekali! Mengapa? Kerana serat di dalam saderi cenderung untuk berkumpul di dalam liang pancutan di bawah gerambit penjusan. Jika liang ini tersumbat, kemudian "pulpa tertumpah" berlaku, membawa pulpa berlebihan ke dalam jus anda. Mengikut Tip#1 akan meminimumkan peluang ini berlaku hampir tiada.

Selagi liang pancutan sentiasa terbuka, pulpa di dalam jus anda akan diminimumkan. Cara terbaik untuk melakukan ini ialah menjuskan buah-buahan berserat rendah terlebih dahulu: Epal, lobak merah, dsb. dan simpan tumbuhan berserat dan lebih berserabut di akhir. Ini akan membawa kepada hasil yamg lebih baik apabila tumpuan anda ialah jumlah pulpa di dalam jus akhir.

NB: Jika anda bercadang menjuskan dalam kuantiti yang besar dan tidak kisah bilangan pulpa kecil di dalam jus adalah alternatif yang lain (untuk memastikan anda tidak memblok pemerah jus), ialah untuk menggantikan tumbuhan berdaun anda dan bahan berserabut, dengan bahan lebih keras seperti lobak merah dan ubi bit. 

Tip #3) Masukkan plag merah dengan betul

Pastikan plag/lidah/penyumbat getah merah di bahagian bawah mangkuk penjusan, dipasang dengan betul di dalam slotnya. Bahagian ini boleh ditanggal untuk membantu dengan pembersihan tetapi seringkali tidak dimasukkan semula dengan betul. Ia bertindak sebagai tanda tekanan untuk memastikan pulpa keluar dari pelongsor sisa.

Tip #4) Juskan jus anda

Jika anda masih menjumpai terlalu banyak pulpa di dalam jus anda, hanya tuangkan jus kembali ke dalam mesin sekali lagi dan anda akan dapati bahawa untuk kali kedua, hampir semua pulpa akan tertanggal. 

Anda juga boleh menegangkannya melalui beg susu-kacang, jika anda mahu, tetapi ia memakan masa dan tenaga.


Menggunakan tap pemerah jus:

Tap pemerah jus menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan di dalam Pemerah Jus Optimum. Apabila ia dipasang dengan betul, anda boleh mula menjus dengan tap tertutup. Ini membenarkan fungsi pencampuran yang membolehkan anda menjuskan bahan-bahan anda dan memenuhi mangkuk jus (sehingga 300ml) dengan campuran kegemaran anda. Apabila makanan anda telah dijuskan, anda hanya membuka tap dan menuangkan campuran jus ke dalam gelas, mengurangkan sebarang buih. Dengan pengeluaran pulpa automatik, anda masih boleh menjus secara berterusan sehingga mangkuk penuh, tuangkan jus dan kemudian teruskan menjus. Fungsi campuran juga memperbaiki hasil semasa membuat susu kacang.


Berapa lama perlu saya rendamkan badam untuk membuat susu badam?

Kami mengesyorkan masa rendaman minimum selama 6 jam, dengan optimum 12-14. Anda perlu menukar air rendaman (dan menapis adalah disyorkan) setiap 12 jam.

Jika air telah ditukar dengan kerap anda boleh biarkannya lebih lama, walaubagaimanapun ia seringkali mula tertapai pada haba dan keadaan persekitaran.

Disebabkan proses rendaman direka untuk meniru alam dan hujan, selepas tempoh rendaman awal anda perlu mengeluarkan badam dan cambahkannya (menggunakan pencambah atau meletakkannya di dalam beg susu kacang di dalam balang kaca dan rendamkannya setiap 12 jam) dan ekor kecil akan mula tumbuh jika anda menggunakan badam yang berkualiti. Walaubagaimanapun, rendaman lanjut adalah tidak disarankan.


Berapakah dimensi Pemerah Jus Optimum 400?

Tinggi: 46 cm
Lebar: 18 cm
Panjang: 23 cm
Dimensi Saluran: 3.5 x 5.5 cm

Copyright Athena Solutions Pty Ltd

contact info

  • Athena Solutions Pty Ltd – Froothie (MY)
    Unit 4, 173-181 Rooks Road
    Vermont VIC 3133
    Australia
    ABN: 17 149 490 602
    Customer service : sales@froothie.my

INSTAGRAM