Peralatan dapur berkualiti tinggi yang
direka dan dibentuk untuk anda di Australia
 
"Seperti kata orang tua-tua: anda bayar untuk KUALITI dan KUALITI akan kekal lama" - Justin Chellis, Ayr, Queensland.

OPTIMUM 400– Revolusi Pemerah Jus termampat sejuk

Percubaan 1-Bulan - Kualiti Tiada Tandingan – Diperakui & Diluluskan oleh SGS

OPTIMUM 400– Revolusi Pemerah Jus termampat sejuk

Harga : RM2,460.00

Di bawah adalah perbandingan fakta di antara :

    Optimum 400   Hurom 400
RPM (lebih rendah = lebih baik):   65   75-80
Purata Bunyi:   30-50dB   30-55dB
Watt:   150 watt   150 watt
Masa penghasilan jus secara
berterusan:
  30-45min   30min
Jaminan:   10thn motor
5thn peralatan
  10thn motor
5thn peralatan
Motor Induksi:   Ya   Ya
Bahan-bahan untuk Penghasilan Jus:   Buah Lembut & Keras
& Sayuran, Bijirin Gandum,
Kacang dan Kacang Soya
  Buah Lembut & Keras
& Sayuran, Bijirin Gandum,
Kacang dan Kacang Soya
Paip Jus:   Ya   Tidak
Plat Kosong:
(untuk Ais Krim & Mentega Kacang)
  Ya   Tidak
Bahan untuk
Jag & Mangkuk:
  Tritan
(Kualiti Lebih Tinggi)
  AS Plastik
Kami tidak mengedar sebarang Produk Hurom
Ini adalah perbandingan fakta di antara Optimum dan Hurom
Kami tidak mengatakan Hurom adalah produk yang tidak bermutu

Di bawah adalah perbandingan fakta di antara :

    Optimum 400   KUVINGS 998SAS
RPM (lebih rendah = lebih baik):   65   80
Purata Bunyi:   30-50dB   30-50dB
Watt:   150 watt   250 watt
Masa penghasilan jus secara berterusan:   30-45min   30min
Jaminan:   10thn motor
5thn peralatan
  20thn motor
5thn peralatan & operasi
Motor Induksi:   Ya   Ya
Bahan-bahan untuk Penghasilan Jus:   Buah dan Sayuran Lembut dan Keras, Bijirin Gandum, Kacang dan Kacang Soya   Buah dan Sayuran Lembut dan Keras, Bijirin Gandum, Kacang dan Kacang Soya
Kami tidak mengedar sebarang Produk Kuvings
Ini adalah perbandingan fakta di antara Optimum dan Kuvings
Kami tidak mengatakan Kuvings adalah produk yang tidak bermutu

    Pembelian anda termasuklah:


    • Pemerah jus

    • Kotak tauhu

    • Berus Pembersih

    • Penapis cecair berlubang besar dan kecil

    • Penapis dengan rekaan unik tanpa lubang untuk membuat aiskrim

    • Paip jus

    • 2 x 1 liter jag pemerah jus

    • Akses ke pasukan sokongan pakar

    • Pusat perkhidmatan seluruh Do you have a center in Malaysia?

    • Jaminan Antarabangsa

    • Jaminan padanan harga

    • Jaminan Pulangan Wang 30 Hari – Termasuk Penghantaran!


    Spesifikasi Pemerah Jus:


    • Kelajuan rendah (rpm), untuk meminimumkan pengoksidaan dan menghasilkan jus yang tahan lama

    • Jenis Pengekstrakan: Perahan Perlahan Termampat Sejuk

    • Kelajuan: 65 RPM

    • Berat Produk: 6.5 KG

    • Berat Penghantaran: 8.5 KG

    • Dimensi Penghantaran: 39*32*33 cm

    • Kuasa Watt: 150 W

    • Voltan: 220-240V

    • Bahan gerimit & penapis: ULTEM

    • Jenis Motor: Motor induksi

    • Aplikasi jag: 2 jag, 1 L setiap satu (Jus & Pulpa)
    • Jaminan 10 tahun pada motor, Jaminan 5 tahun pada peralatan

Pemerah Jus Siri Pengekstrak Optimum 400 adalah pemerah jus termampat sejuk setiap hari yang sesuai untuk keperluan peribadi dan keluarga anda. Untuk maklumat lanjut klik di sini

Penghasilan jus dua peringkat secara efektif:

  • Buah Lembut cth. oren
  • Buah Keras cth. epal
  • Sayuran Lembut cth. kubis daun
  • Sayuran Keras cth. lobak merah
  • Beberapa Kacang cth. gajus
  • Bijirin Gandum
  • Kacang Soya

Fungsi-fungsi lain termasuklah:

  • Membuat Ais Krim dari buah-buahan beku cth. pisang
  • Membuat Susu Kacang dengan kacang lembut
  • Membuat Susu Soya dari kacang soya
  • Membuat Tauhu
  • Membuat Makanan Bayi

Manfaat Pemerah Jus Perlahan Optimum 400:

  • Boleh menghasilkan jus sayuran, herba dan rumput (dengan hasil yang banyak)
  • Bagus untuk menghasilkan buah-buahan DAN sayur-sayuran, termasuk kepelbagaian lembut
  • Termampat sejuk, untuk menghasilkan jus yang hebat
  • Kelajuan rendah (rpm), untuk meminimumkan pengoksidaan dan menghasilkan jus yang tahan lama
  • Reka bentuk tegak membenarkan graviti membantu dalam proses pengejusan
  • Paip jus untuk mengurangkan pembentukan buih
  • Kurang sisa daripada pemerah jus emparan
  • Mesra kanak-kanak dengan tanpa bilah tajam
  • Reka bentuk yang menjimatkan ruang
  • Penolakan pulpa auto untuk penghasilan jus secara automatik yang berterusan
  • Fungsi berbalik terbina menyingkirkan sumbatan untuk penghasilan jus yang berterusan
  • Mudah dibersihkan dengan hanya 5 peralatan yang hanya memerlukan bilasan atau cucian pantas
  • Bunyi yang perlahan!
  • Sangat sedikit pulpa!
    Sebab-sebab kesihatan menyebabkan saya membuat penyelidikan tentang kebaikan dan keburukan pemerah jus berlainan dan saya mesti katakan daripada pengalaman sendiri bahawa pemerah jus perlahan adalah terbaik. Saya telah memiliki jenama pemerah jus yang lebih mahal selama 3 tahun dan tidak pernah berpuas hati dengan prestasinya. Selepas menggunakan Optimum 400 setiap hari selama seminggu, saya mendapati ianya lebih senyap, lebih cepat dan menghasilkan kurang pulpa dan buih. Ia mudah dipasang dan dibersihkan,dan jus yang dihasilkan berkualiti tinggi. Mesin ini mantap dan bentuknya mempunyai kualiti kelas pertama.
    TonyGTP

  • Perkakas terbaik di dapur anda
    Saya berharap saya sudah memiliki pengisar dan pemerah jus ketika saya mula-mula berkahwin dahulu (45 tahun lepas). Ia adalah cara terbaik untuk merasa sihat dan penuh tenaga. Saya dapat lihat sinaran di mata saya! Ia kedengaran sudah basi, tetapi benar! Saya membawa kedua-duanya dalam caravan ketika kami mengembara ke utara! Menantu perempuan saya boleh berkongsi dengan saya, cucu kami sangat suka jus tersebut, dia telah diberi jus buah-buahan sejak dia berusia 6 bulan. Dia tidak pernah minum minuman ringan atau gula-gula… dan dia adalah budak yang paling manis!
    Reenie, Wurtulla

  • Bagaimana ia akan dapat yang lebih baik daripada perahan sejuk?
    Sangat sukakan pemerah jus Froothie 400 baru ini. Saya pernah gunakan banyak pemerah jus perahan sejuk dan mempunyai satu jenama sebelum ini dan sangat suka bagaimana ia cepat, senyap dan mudah untuk dibersihkan.
    Rasa jus kelas pertama
    Brock Lifetarian, Cairns, Queensland, Australia

  • Perkakas yang saya kini tidak boleh hidup tanpanya...
    Saya telah membeli pemerah jus ini beberapa minggu yang lalu berdasarkan penyelidikan dalam talian selama beberapa jam dan mendapati bahawa ini adalah satu daripada pemerah jus perlahan yang paling baik di pasaran dari segi kualiti binaan dan jus yang dihasilkan. Sejak membawanya ke rumah,saya telah menghasilkan jus sayuran paling lazat untuk diri sendiri dan keluarga. Anak-anak saya sukakan jus “superhero” sayuran harian mereka (walaupun tidak mahu makan kubis daun/bayam dalam makanan mereka…) jadi saya amat gembira kerana mereka kini menerima semua kebaikan tambahan dalam ... Baca lanjut
    Natalie_M

  • Pemerah jus berkualiti
    Selepas menggunakan pemerah jus murah yang teruk dengan reka bentuk yang sama, saya terpesona dengan kualiti pemerah jus ini. Bunyi motornya tenang, setengah daripada tembikai dan setengah daripada tembikai wangi adalah seperti menghasilkan lobak merah dengan tiada tanda-tanda tersumbat, dan menghasilkan lebih jus daripada pemerah jus gerimit tunggal menegak dengan binaan sama milik saya sebelum ini (saya biasanya menggunakan kira-kira 3 liter dan ia menghasilkan 4 liter). Ia juga mudah untuk dipasang hanya letakkan dengan & dan pusingkan mangkuk kepada asas pemerah jus tersebut.
    Saya terharu menjadi ... Baca lanjut
    JaneH, Melbourne, Victoria, Australia

  • Sayang Optimum 400 saya
    la adalah pembelian terbaik saya dalam jangka masa yang panjang. Menyediakan susu kacang adalah ringkas, lebih cepat dan lebih mudah daripada kaedah lama yang saya gunakan. Saya guna Optimum 400 hampir setiap hari. Ianya serba boleh, dan sukakannya kerana ia sungguh senyap.
    Pauline

  • Keputusan terbaik yang telah saya buat dalam jangka masa yang panjang.
    Saya telah berfikir untuk membeli pemerah jus sejak kebelakangan ini selepas mendengar kelebihan jus daripada anak perempuan saya, dan saya gembira saya membelinya. Saya telah menjadi penggemar smoothie sebelum menerima pemerah jus Optimum saya tapi ia kini berubah. Saya masih cuba kombinasi berlainan untuk mencari kegemaran saya tapi setakat ini setiap satunya adalah hebat. Rasanya tidak terkata, dan aiskrim buah-buahan adalah sangat sedap. Saya mempunyai banyak pisang beku jadi ia adalah latihan yang baik. Saya suka semua mengenainya dan tidak percaya saya tidak melakukannya lebih awal. Saya suka kerana ia sangat mudah dan senyap untuk digunakan, dan senang untuk dibersihkan dengan bilasan yang cepat. Video di laman web Froothie juga benar-benar telah membantu. Baca lanjut
    Margie, Lennox Head

  • Satu daripada pembelian terbaik yang pernah saya lakukan!
    Saya hanya memiliki pemerah jus Optimum 400 untuk beberapa hari dan saya sudah boleh melihat banyak keseronokan yang akan saya dapat bersamanya. Penghasilan jus adalah cepat dan mudah, tiada jus yang akan dibazirkan dan pembersihan adalah senang. Menghasilkan puri kurma dengannya pagi ini untuk membakar kek, saya tidak percaya betapa halus konsistensinya. Akan cuba “aiskrim” buah-buahan selepas ini. Perkhidmatan pelanggan adalah hebat, saya terimanya dalam 3 hari selepas membuat pesanan!
    Cathy Owen

  • Anda tidak akan menyesal!
    Bukan sahaja saya menyimpannya dalam jangka masa yang panjang… Pengisar Optimum ini adalah begitu mudah/senang untuk kisar dan bersih dengan hasil akhir yang menakjubkan. Saya tidak akan dapat rasa lebih bahagia daripada ini. Adalah paling penting untuk mempunyai gaya hidup yang sihat dan pengisar OPTIMUM membantu anda melakukannya. Terima kasih kerana menjadikan hidup saya lebih mudah!
    Jenny

  • Pemerah jus yang menamatkan semua pemerah jus lain
    WOW saya gembira kerana terjumpa Pemerah Jus Optimum 400 ini, seluruh ahli keluarga menggunakannya ...... sepanjang masa ........... dan kami benar-benar menikmati kualiti hebat jus yang dihasilkan. Mudah untuk dipasang dan digunakan, yang menjadikannya mudah untuk semua orang. Ia berbaloi Terima kasih
    Rocco, Melbourne

  • Hebat
    Saya sukakan pemerah jus Optimum 400 saya. Serba boleh, baru sahaja buat aiskrim nanas, wow! sangat berkrim seperti yang sebenar dan sangat berkhasiat. Sebelum ini saya telah membuat aiskrim pisang dan strawberi, juga jus-jus yang lain. Saya belum buat lagi susu kacang, tetapi mesin ini sangat hebat. Saya membeli sebuah Yonana tapi tidak menggunakannya kerana Optimum 400 saya boleh melakukan perkara yang sama.
    Jenny Morris, Hebersham

  • Saya sukakan pemerah jus Optimum saya! Setelah menggunakan Hurom kepunyaan anak perempuan saya selama 3 tahun, saya sangat berminat untuk mendapatkan pemerah jus yang sama untuk teruskan penghasilan jus selepas dia berpindah keluar dari rumah. Selepas penyelidikan yang menyeluruh, saya memilih pemerah jus Optimum selepas melihat beberapa ulasan hebat dan perkhidmatan Froothie yang tak dapat ditandingi
    Selepas mencuba pemerah jus ini untuk hampir semua bahan (kubis daun, saderi, bayam, ubi bit, lobak merah, ais krim dan mentega badam) saya yakin boleh memberi produk ini dengan 5 bintang ... Baca lanjut
    Marc

  • Dapatkan JUS BERSINAR :-)
    YAY - Pemerah Jus Perlahan Optimum saya telah tiba!
    Saya sangat berpuas hati dengan kualiti jus yang dihasilkan, ‘perlahan’ yang betul untuk pengambilan nutrien tinggi tetapi ada kelajuan yang cukup untuk membuat saya bergerak & bergoyang dalam dapur! Saya suka bagaimana ia boleh menghasilkan jus buah-buahan lembut seperti Mangga, yang mana menambahkan sentuhan menarik penuh berkrim krim pada jus buah saya. Rasa yang dihasilkan jauh mengatasi pemerah jus lain yang pernah saya gunakan sebelum ini (ketagih jus untuk beberapa tahun ini!)
    Sangat menyukainya kerana ia serba boleh, bukan sahaja menjadikan jus sedap... Baca lanjut
    Jade

  • Pemerah Jus Terbaik Setakat Ini!
    Sebagai penggemar makanan mentah, anda boleh bayangkan saya mengisar dan menghasilkan jus DENGAN BANYAK! Pemerah Jus Optimum 400 ini adalah pemerah jus terbaik yang pernah saya gunakan.
    Ia mudah untuk dipasangkan bersama - hanya sambungkan barisan titik tersebut!
    Sebagai pemerah jus perlahan ia mengekalkan sebanyak mana nutrien dan enzim yang mungkin kerana TIADA haba, tetapi ia tetap menghasilkan jus dengan cepat dan cekap! Ia sangat perlahan berbanding dengan pemerah jus empar!
    Setelah selesai, hanya tarikkannya, gunakan berus pembersih yang disertakan dan bilas dengan air - MUDAH untuk dibersihkan! DAN... Baca lanjut
    Kisane Appleby, Brisbane, Queensland, Australia

  • Suka Pemerah Jus ini
    Pemerah jus ini adalah mengagumkan. Akhirnya pemerah jus yang mengekstrak jus dan meninggalkan pulpa kering, daripada buah-buahan lembut, sayur-sayuran berdaun sehingga sayuran keras, pemerah jus ini tidak teragak-agak untuk menghasilkan jus perahan sejuk yang sihat. Semua nutrien yang baik tidak akan terjejas :-) Sangat senyap, mudah untuk dibersihkan dan dipasangkan. Seisi keluarga menyukainya. Juga mempunyai harga yang hebat. Sangat disyorkan A++++
    Sarah, Whakatane, New Zealand

  • Ketagihan menghasilkan jus saya
    Kerana saya seorang gadis yang sangat baik, Santa telah memberi saya pemerah jus ini! Ia telah memberikan khidmat sejak itu. Suami, anak saya dan diri saya sangat menyukainya. Ia menghasilkan jus dengan mudah, cepat dan senyap! Anak saya yang berusia 4 tahun suka membantu dan telah belajar begitu banyak tentang pelbagai jenis sayuran & nutrisi dalam proses ini! Tidak ternilai!! Kerana anak saya membantu, saya harus menggunakan butang undur dan ia mudah untuk ditanggalkan dan dipasang untuk penghasilan jus yang baik. Tidak dapat bayangkan hidup saya tanpa pemerah jus saya :) terima kasih
    Skye, Port Campbell, Victoria


PERCUBAAN 30 Hari - JAMINAN PULANGAN WANG

*Perlu Diisi

RM2,460.00
RM2,460.00

JAMINAN Paling Komprehensif dalam Industri termasuk Motor & peralatannya,
Pekerja & Penghantaran, Pusat Perkhidmatan & Sokongan Pelanggan di seluruh negara


Dinilai Pemerah Jus #1 di UK oleh T3 Magazine
Dibandingkan dengan 17 jenama lain termasuk Hurom!

  • Pengenalan & Perbandingan Optimum 400

  • Perbandingan Optimum 400 Sahaja

  • Pengenalan

    Dengan kejayaan besar pelbagai pengisar Optimum, Optimum Appliances telah bekerja dengan beberapa pengeluar yang bereputasi di dunia untuk menghasilkan pemerah jus yang berkualiti tinggi, tahan lama dengan kelajuan perlahan dan pengekstrakan yang lebih baik daripada pesaing.

    Proses reka bentuk, pengujian dan kelulusan telah mengambil Optimum lebih setahun. Setiap bahagian direka untuk menyaingi jenama-jenama terbaik dunia, dan direka untuk tahan lebih lama, dilengkapi dengan Waranti 10 Tahun pada motor. Pada harga $499, pemerah jus perlahan Optimum adalah item yang mahal, walau bagaimanapun kami boleh memastikan bahawa perkakas ini berbaloi untuk pelaburan anda.

    Ucapkan helo kepada Optimum 400 (Siri Pengekstrak) yang amat dinanti-nantikan.

    Pemerah jus kunyahan untuk tugas berat, berkesan dan serba guna ini adalah dalam reka bentuk menegak menghasilkan jus poten yang bernutrisi dalam hanya beberapa minit. Pemerah Jus Optimum 400 pengejus tanpa haba, kurang geseran terbukti menyimpan lebih vitamin, mineral dan enzim berbanding pemerah jus berkelajuan tinggi. Lebih enzim Hidup bermakna jus yang dihasilkan dengan Optimum adalah lebih baik untuk kesihatan dan kecergasan anda. Anda bukan sahaja boleh menghasilkan jus buah dan sayuran, Optimum 400 membenarkan anda menghasilkan susu kacang anda sendiri, susu soya, aiskrim, tauhu dan banyak lagi


  • Spesifikasi

    Dengan lebih setahun mereka dan menguji produk ini menjadi sempurna, di bawah adalah senarai apa yang menjadikannya pemerah jus bertaraf dunia:

    • Menghasilkan lebih daripada sekadar jus, lihat Fungsi Domestik
    • Kelajuan rendah – Hanya 65rpm!
    • Direka untuk tahan lama, bahagian-bahagian berkualiti tinggi yang diluluskan SGS
    • Motor Induksi direka untuk tahan lama, Waranti Komprehensif 10 Tahun
    • Mesra pengguna
    • Mudah dibersihkan (Fungsi Pembersihan Sendiri)
    • Rendah Bunyi, serendah 30dB
    • Mengekalkan perasa bahan, disebabkan kelajuan perlahan iaitu hanya 60rpm
    • Lebih nutrien, vitamin, mineral dan enzim
    • Kurang pengasingan & 35% lebih jus berbanding pemerah jus empar
    • Pengesan keselamatan
    • Diluluskan CE dan SGS

  • Mengapa Pemerah Jus Perlahan

    Optimum 400 beroperasi melalui kaedah memamah (mengunyah) untuk menghasilkan jus yang berkualiti tinggi. Berbanding dengan koyakan pengekstrakan dan pemerah jus emparan berkelajuan tinggi, pemerah jus perlahan berfungsi pada kelajuan yang lebih perlahan dan dengan lembut menekan buah dan sayuran untuk 'mengeluarkan' jus, dengan Optimum merupakan yang terbaik di pasaran pada hanya 65 RPM.

    Tindakan gerimit menghancurkan dan menekan makanan, membebaskan nutrien dan enzim yang berada jauh di dalam. Jus yang lebih berwarna yang mengandungi sejumlah besar vitamin dan mineral adalah hasil fitonutrien yang dibuka semasa proses ini. Pengoksidaan dan pemisahan terkurang disebabkan integriti sel bahan-bahan di dalam kaedah ini.

    Pembikin Filem James Colquhoun & Laurentine ten Bosch "FOOD MATTERS" & "HUNGRY FOR CHANGE" menyatakan: "Pemerah jus dingin-tekan masticating menegak adalah jenis pemerah jus yang paling hebat! Pemerah jus dingin-tekan mengekstrak 35% lebih jus daripada hasil segar anda bermakna penjimatan yang sebenar dari hari pertama anda menggunakannya!"

    Ujian bernutrisi* (di antara pemerah jus dingin tekan dan emparan) mendedahkan bahawa pemerah jus dingin tekan mengekstrak sehingga 42% lebih vitamin C, sehingga 60% lebih vitamin A dan asil antara 35 - 50% lebih jus..

    * Hasil ujian dari Michelson Laboratories,Inc., Korean Food Research Institute (KRFI), dan makmal dalaman.

    Pemerah jus dingin tekan berkualiti tinggi seperti Optimum 600 (juga dikenali sebagai pengunyah atau pemerah jus perlahan) sudah pasti akan menghasilkan jus yang berkualiti tinggi dan membenarkan anda mengekstrak lebih dari buah dan sayur-sayuran anda (berbanding emparan), bukan hanya pada hasil jus (menjimatkan wang dalam jangka panjang), tetapi juga mengekalkan enzim dan nutrien yang penting, dan rasa segar yang lazat.

    KEBAIKAN Pemerah Jus Perlahan Optimum 500

    • Sesuai untuk menjus sayuran berdaun, rumput, pucuk dan herba
    • Hasil yang lebih berjus
    • Jus tahan lama dengan penyimpanan integriti enzim sehingga 72 jam
    • Kelajuan lebih rendah bermakna kurang haba dihasilkan, mengekalkan lebih nutrien dan enzim
    • Pengasingan jus dan buih yang minimum
    • Tindakan perahan yang perlahan.

  • Mengapa Jus

    Terdapat banyak sebab mengapa anda perlu berfikir tentang menambah jus yang segar, terutama jus berasaskan sayuran di dalam rancangan makanan harian anda.

    Kepelbagaian adalah rencah hidup. Pengejusan membolehkan anda mengambil kadar buah dan sayuran yang tinggi yang mungkin tidak anda gemari untuk makan dalam kuantiti yang besar. Anda dengan mudahnya boleh mencapai hidangan minimum harian untuk buah-buahan dan sayuran (2+5) dengan menambah jus harian yang segar dan lazat.

    Penyerapan nutrien meningkatkan usia anda. Peratusan populasi yang besar mempunyai keupayaan terhad untuk menyerap nutrien dari buah-buahan dan sayur-sayuran disebabkan penghadaman yang lemah disebabkan oleh usia, alergik atau tabiat pemakanan tidak sihat yang berterusan. Jus pra-siap biasanya dipasteur dan oleh itu mengandungi nutrien yang minimum. Jus segar membawa nutrien dan mineral hidup terus ke salur darah dalam kurang daripada 20 minit.

    Faedah kesihatan yang berlimpah-ruah. Jus sayuran adalah tinggi alkali, membantu meningkatkan tenaga, penghadaman dan kejelasan mental. Mengejus makanan beralkali juga boleh membantu mengekalkan pH semula jadi badan menjadikan kulit lebih bersih, kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh. Apabila anda serius tentang kesihatan anda, mengambil makanan yang berkualiti tinggi, padat dengan nutrien menjadi keutamaan anda dan sesuatu yang tidak sepatutnya dikompromi.

    BAGAIMANA ANDA MENJIMATKAN WANG - Sumber dari Food Matters

    Mari gunakan satu contoh. Jika anda menjuskan sayuran dan buah-buahan segar bernilai $100 seminggu menggunakan pemerah jus dingin tekan vs jus emparan anda boleh mengekstrak 35% lebih jus bermakna penjimatan $35!

    Jadi, jika anda mengejus untuk satu tahun dengan pemerah jus dingin tekan anda boleh menjimatkan sehingga $1,820!!! (Bermakna anda akan membayar untuk pemerah jus anda banyak kali dengan simpanan itu sahaja!) Ini disebabkan oleh pemerah jus dingin beku menghasilkan pulpa yang lebih kering daripada pemerah jus emparan, bermakna bilangan nutrien tertinggi yang mungkin diekstrak dan kurang sisa keseluruhannya. Pemerah jus dingin beku beroperasi pada kelajuan yang lebih rendah (Optimum 400 hanya 65RPM), menjana haba yang minimum. Ini bukan hanya menghasilkan jus yang sangat lazat dengan buih dan pengasingan yang minimum, tetapi ia juga bermaksud enzim dan nutrien yang bermanfaat dikekalkan. Inilah apa yang memberi manfaat kepada badan dan usia anda.


  • Bagaimana ia berfungsi


  • Bahagian demi Bahagian Optimum 400
  • Hummus Buatan Sendiri
  • Jus Saderi, Epal & Lobak Merah
  • Serbat Beri
  • Susu Kacang Gajus
  • Aiskrim Putar Pisang Kulit Kayu Manis Bannana Cinnamon
  • Penyambungan Terperinci
  • Makanan Bayi
  • Mentega Badam
  • Jus Sayuran
  • Mentega Kacang dan Kelapa
  • Jus Nenas Penuh
  • Jus Ubi Keledek
  • Jus Anggur Monoe
  • Masakan Getting into Raw dengan Zane
  • Ulasan Oleh Whole Food Dude
  • Penyambungan Pantas

Untuk Maklumat Lanjut

  • Klik sini ntuk melihat testimoni yang disahkan pihak ketiga
  • Klik sini untuk melihat Soalan Lazim
  • Klik sini untuk laman rasmi Pengisar Optimum
  • Klik sini untuk melihat video demonstrasi

Semua testimoni kami adalah disahkan benar

Copyright Athena Solutions Pty Ltd

contact info

  • Athena Solutions Pty Ltd – Froothie (MY)
    Unit 4, 173-181 Rooks Road
    Vermont VIC 3133
    Australia
    ABN: 17 149 490 602
    Customer service : sales@froothie.my

INSTAGRAM