Peralatan dapur berkualiti tinggi yang
direka dan dibentuk untuk anda di Australia
 
"Seperti kata orang tua-tua: anda bayar untuk KUALITI dan KUALITI akan kekal lama" - Justin Chellis, Ayr, Queensland.

 

Piawaian Kualiti

 

Pengilang

Di Optimum® kami menggunakan pengilang terbaik yang tersedia untuk pengeluaran pengisar-pengisar berkualiti tinggi kami, berserta kilang eksklusif bertaraf dunia kami di Taiwan. Kami tertakluk pada pembekal-pembekal kami terhadap kelulusan audit berkualiti tertinggi sebelum memperkenalkan sesuatu produk. Peralatan pengilangan kami mendapat kelulusan ISO9001:2000 dan produk kami telah mencapai Akreditasi UL, CE, EMC dan IEC.

Optimum adalah jenama yang terkemuka, dan kilang-kilang kami mempunyai gabungan pengetahuan dan reputasi melebihi 120 tahun dalam industri. Kami terus memacu kualiti sepanjang perniagaan kami, dan untuk membawa produk mencapai piawaian yang dituntut. Di Optimum®, kami mengupah kumpulan yang berkemahiran untuk bekerja dengan pembekal dalam hubungan yang saling bermanfaat, dengan bekerja secara rapat dengan pembekal kami, bersepakat untuk lebih fokus dalam memastikan kualiti produk.

 
 Kualiti Didahulukan

Kebanggaan kami adalah dalam penghantaran pelbagai produk yang terkemuka dan berprestasi cemerlang. Kami lebih memfokuskan kepada kualiti yang baik pada kedua-dua produk dan perkhidmatan kami, berbanding bersaing dari segi harga sahaja. Kami yakin dengan kebolehan kami untuk menyediakan syarat-syarat jaminan yang lebih baik berbanding produk-produk lain di pasaran, untuk membolehkan pelanggan kami membuat pilihan bermaklumat berdasarkan kebolehpercayaan dan kos yang menarik.

Kami bangga kerana kualiti produk kami dengan pilihan yang pelbagai dan perkhidmatan pelanggan kami yang cemerlang terus meningkatkan jenama kami. Kami terus mengembangkan senarai pelanggan-pelanggan yang berpuas hati. Kami komited untuk membantu menjadikan hari anda lebih lancar, lebih kreatif dan penuh rasa, melalui gaya dan fungsi pengisar, pemerah jus dan pemproses makanan kami yang inovatif. 

Fokus kami terhadap kualiti dan ketahanan bermakna setiap perkakas dikilangkan dengan ketelitian, diuji sepenuhnya di kilang kami sebelum dihantar kepada pengedar-pengedar, dan diuji sekali lagi sebelum dihantar kepada pelanggan kami. Sokongan Selepas-Jualan kami tidak dapat ditandingi, dengan rancangan untuk melancarkan pusat perkhidmatan dalam talian pertama di dunia yang menawarkan sokongan pelanggan segera sepanjang hayat pengisar mereka.

 
Pengujian Produk

Sebarang pengilang baru perlu menyediakan semua sijil perniagaan dan proses kualiti mereka, dan akan diperiksa dengan ketat dalam semua aspek perniagaan sebelum menjadi pembekal yang diluluskan. Laporan yang dikemas kini diperlukan untuk menyediakan CE dan EMC baru untuk Optimum® setiap 2 tahun.

Keperluan ketat kami memerlukan mereka menjalankan pengujian ini dengan makmal dan rakan kongsi pensijilan yang diiktiraf secara global untuk memastikan piawaian kualiti terbaik dikekalkan. Tambahan pula pembekal kami mengemas kinikan kami dengan maklumat audit tahunan ISO9001 untuk memastikan mereka mematuhi piawaian semakan tertinggi di dalam proses mereka.

Tumpuan kami terhadap perincian adalah rapi, dari sekecil-kecil skru, sehingga ke motor di dalam perkakas kami atau pembungkusan. Segalanya dirancang secara tersusun, dicuba dan diuji sebelum dilancarkan ke pasaran.


Kelulusan

Kami memerlukan ujian Piawaian Kualiti dan Keselamatan dijalankan oleh SGS. SGS adalah satu daripada perniagaan terbesar dan paling dihormati yang mematuhi piawaian global dan melaksanakan laporan lengkap dan saksama terhadap semua produk. Wang dilaburkan untuk memastikan produk-produk kami bukan hanya berkualiti tinggi bahkan juga selamat untuk mana-mana pasaran di seluruh dunia.


Perbandingan

Kami melabur secara ketara dalam analisis kompetitif pasaran, kami menjalankan perbandingan terkawal antara produk-produk pesaing dan produk-produk kami, bahkan juga mengambil kira bahagian motor dan aspek pengujian seperti rintangan dan kesinambungan. TIdak seperti kebanyakan pesaing kami, hasil-hasil ujian adalah berdasarkan prestasi sebenar dalam persekitaran pengendalian.

 
Sokongan

Bermula dengan perkhidmatan pelanggan terbaik kami, Optimum® hanya menarik pengedar utama yang mempunyai fokus utama mereka terhadap perkhidmatan dan sokongan pelanggan. Kami juga sangat komited kepada sokongan pelanggan sehingga kami menjalankan pemeriksaan rawak termasuklah menggunakan pembeli-pembeli misteri, menguji komitmen berterusan mereka terhadap perkhidmatan pelanggan dan pengetahuan mereka terhadap produk kami.

Kami juga boleh menyediakan jaminan terbaik industri pada produk kami. Keyakinan ini datang daripada kualiti binaan yang tiada tandingannya dan pulangan semula disebabkan kecacatan yang sangat sedikit. Dimana kecacatan pengilangan ditemui, kami menjalankan proses penyiasatan yang akan menghuraikan isu dan memastikan ia dibetulkan serta-merta.

 
Peningkatan Berterusan

Kami bukan hanya komited untuk meningkatkan jenama kami, kami biarkan ia jelas dengan sendirinya di dalam produk yang kami jual. Janji-janji yang kami berikan dijustifikasikan dengan kualiti produk dan dedikasi pasukan kami. Peningkatan yang berterusan adalah tugas kami, bukan hanya satu bahagian atau polisi.



Copyright Athena Solutions Pty Ltd

contact info

  • Athena Solutions Pty Ltd – Froothie (MY)
    Unit 4, 173-181 Rooks Road
    Vermont VIC 3133
    Australia
    ABN: 17 149 490 602
    Customer service : sales@froothie.my

INSTAGRAM