Peralatan dapur berkualiti tinggi yang
direka dan dibentuk untuk anda di Australia
 
"Seperti kata orang tua-tua: anda bayar untuk KUALITI dan KUALITI akan kekal lama" - Justin Chellis, Ayr, Queensland.

Laman Web: www.food4health.com
Facebook: huntergathererhealthnut
Telefon Bimbit: 0431252585

Ulasan Pengisar:

Hai kepada anda yang tidak mengenali saya, saya Samantha Baird pemilik food for thought. Saya seringkali ditanya tentang saranan saya terhadap pengisar mana yang saya pilih jadi saya fikir saya perlu menulis dan berkongsi pengalaman saya.

Sebagai seorang jurulatih makanan saya seringkali melakukan demo penyediaan makanan untuk kegunaan rumah dan kerja. Anggaplah pengisar-pengisar saya melakukan senaman beberapa kali sehari. Tahun ini saya banyak menggunakan perkakas-perkakas yang mahal ini, jadi ini adalah laporan saya:

Satu daripada pengisar pertama saya ialah Breville, ia berfungsi dalam beberapa masa. Saya dapati jika saya meletakkan pisang dan susu beras dengan sedikit madu, ia berfungsi baik, tetapi apabila saya menambah sedikit sayuran atau kurma - ia menjadi berketul-ketul :( jika anda peminat smoothie seperti saya ketulan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Pengisar ini gagal apabila saya menambah ais, satu serangan hebat dan ia mati.

Pemproses Makanan Mangkuk Philips 1000W Compact 3-in-1 Setup 3.4L. Satu pilihan berkos lebih murah, komponen pemproses makanan pada mesin ini bagus. Walaupun pengisar ini juga tidak dapat mengendali ais dan sekali lagi bertungkus-lumus untuk mengisar kepada konsistensi rata. Ia tidak boleh melakukan kebanyakan tugas yang diberikan kepada pengisar berkelajuan tinggi.

Breville - Semua dalam satu. Saya sukakan peranti kecil ini, walaupun ia bukan pengisar, ia lebih kepada pemproses makanan mini dan pencampur kayu. Ia pantas dan mudah dan saya masih gunakannya kadangkala untuk kentang lecek atau menggunakan kayu dengan pantas untuk sup labu saya semasa masih di dalam periuk. Ia tidaklah begitu berkuasa jadi anda sudah pasti tidak akan menggunakannya pada smoothie sayuran, susu kacang, mentega kacang dsb.

Vita Easy adlah pembelian besar saya seterusnya. Ia agak mahal dengan harga runcit disyorkan $799.00, adalah halangan yang pertama. Mesin ini mempunyai rupa yang lebih kurang sama dengan Vitamix, jadi saya membuat keputusan mungkin berbaloi pelaburan saya. Vita Easy mengiklankan bahawa anda boleh meletakkan keseluruhan makanan dan kisarnya bersama dengan mendakwa ia boleh melakukan kebanyakan tugas yang diberikan kepada pengisar berkelajuan tinggi. Pada mulanya ia mesin yang sangat bagus dan berkuasa. Semakin lama ia semakin tidak efektif pada tugas-tugas dan dalam beberapa minggu kejatuhan tiada suis bebanan lebih mudah kelihatan. Pengisar ini menjadi terlalu panas dan membakar fiusnya, menyebabkannya tidak boleh digunakan. Malangnya selepas memulangkan semula dan diganti tiga kali, disebabkan had di dalam kebolehannya melakukan tugas-tugas biasa yang diperlukan, saya mengakui pegnisar ini tidak seperti jangkaan. Selepas penggantian ketiga pasukan sokongan di Vita Easy, mencadangkan punca mungkin disebabkan oleh pengendali dan tidak menukar pengisar tersebut lagi. Sudah tiba masanya mencari alternatif yang lebih baikdengan perkhidmatan pelanggan yang bagus untuk menyokong produk yang berkesan.

Campur tangan pengisar Optimum dari Froothie. Kegemaran terbaru saya ialah Optimum 9400, saya dapati pengisar ini memenuhi keperluan saya pada harga yang sangat mampu milik. Saya sukakan pengisar ini. Dengan tiket jualan di bawah $500, fakta bahawa ia adalah syarikat kepuyaan dan kendalian orang Australia adalah bonus tambahan. Semasa membuat smoothie sayuran saya boleh pastikan ia akan terhasil sangat rata, setiap kali. Saya masukkan lobak merah, bit, zukini dan sayuran dengan ais dan ia dikisar tanpa ragu-ragu. Saya juga telah membuat sup panas, bebola protein, susu dan mentega kacang, mesin ini menghasilkan semuanya. Dari sup panas ke serbat beku dan segalanya. Dan apa yang saya sangat suka adalah pilihan untuk membeli waranti tambahan. Ia mempunyai suis keselamatan sekatan/beban lebih, jadi tiada lagi letupan pengisar untuk saya :) Semasa saya memesan pengisar ini, perkhidmatan pelanggannya sangat menakjubkan, dengan pasukan mempercepatkan pesanan pertama saya segera untuk satu acara, diikuti dengan sokongan berterusan dan perkhidmatan terbaik untuk setiap pertanyaan saya. Saya amat gembira dengan pilihan saya dan sangat mengesyorkan pengisar ini untuk kegunaan domestik dan komersial. Ia HARUS dibeli!  

Jika anda mempunyai sebarang soalan jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya!

 

Samantha Baird

Copyright Athena Solutions Pty Ltd

contact info

  • Athena Solutions Pty Ltd – Froothie (MY)
    Unit 4, 173-181 Rooks Road
    Vermont VIC 3133
    Australia
    ABN: 17 149 490 602
    Customer service : sales@froothie.my

INSTAGRAM