Peralatan dapur berkualiti tinggi yang
direka dan dibentuk untuk anda di Australia
 
"Seperti kata orang tua-tua: anda bayar untuk KUALITI dan KUALITI akan kekal lama" - Justin Chellis, Ayr, Queensland.

Froothie Malaysia

 

Froothie merupakan salah satu jenama global yang pesat membangun dengan menumpukan kepada produk kesihatan dan kesejahteraan dengan lebih daripada 100 ribu pengguna Facebook dan masih berkembang. Kami berbangga menjadi pengedar eksklusif Optimum – salah satu jenama perkakas dapur yang paling dipercayai di Australia dan di seluruh dunia.

Froothie bermula daripada satu idea kecil dan ringkas untuk membekalkan buah-buahan, sayur-sayuran dan peralatan kepada kafe dan bar jus tempatan di Australia. Seiring dengan perniagaan kami yang berterusan, minat yang lebih utuh dan mendalam untuk menggalakkan makanan dan minuman yang lebih sihat kepada orang ramai telah terbentuk dalam diri kami dan terhasilnya idea untuk mendapatkan sokongan lebih ramai orang dalam penciptaan “Froothie”: Gerakan minuman smoothie yang berkhasiat. Dengan perkembangan idea kami ini, ia telah menjadi misi kami untuk membantu setiap isi rumah memulakan langkah dalam meletakkan kesihatan dahulu dengan menghasilkan makanan dan minuman yang berkhasiat melalui perkongsian strategik kami dengan Perkakas Optimum – sebuah syarikat pengisar dan pemerah jus yang terkenal di seluruh dunia yang menghasilkan beberapa perkakas dapur terbaik di pasaran.

Hari ini, misi kami adalah mudah dan jelas: Membantu orang ramai menjalankan gaya hidup yang lebih sihat dengan menggunakan perkakas dapur yang berkualiti dari pelbagai siri eksklusif Optimum. Kami kongsikan pengetahuan dan tips kami tentang hidup sihat melalui bengkel, video YouTube, blog kami, di pelbagai media sosial dan rakan kongsi kami yang strategik dan kuat di Australia dan di luar negara supaya anda boleh menikmati makanan yang sihat dengan cara yang pantas, mudah dan menyeronokkan.


Perkakas Optimumwww.optimum-apliances.com

Pilihan perkakas dapur kecil Optimum yang inovatif dan telah memenangi anugerah ini mendahului industri dari segi kualiti, prestasi dan reka bentuk. Ditubuhkan di Australia, jenama ini kini boleh ditemui di lebih daripada 40 negara dan telah digunakan oleh berjuta orang di serata dunia


Tempat Dimana Inovasi Bertemu Kualiti


Sebagai Jenama Pengisar dan Pemerah Jus #1 di Australia, Optimum menawarkan malah lebih banyak dengan memperkenalkan perkakas dapur semua-dalam-satu dan pelbagai guna seperti ThermoCook, Periuk Tekanan Aruhan, Penggoreng Udara dan pelbagai lagi perkakas dapur yang serba-boleh dan menjimatkan masa. Populariti Optimum adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh standard kualiti yang ketat, ketahanan dan tertumpu kepada inovasi serta perkongsian rapat mereka bersama Froothie dalam membawakan masakan yang mudah dan berkualiti ke setiap rumah di serata negara.


Semua bahagian peralatan dan perkakas daripada Optimum telah dihasilkan dengan ketepatan menakjubkan yang menggunakan bahan-bahan yang paling berkualiti tinggi. Optimum menjalankan ujian yang berterusan untuk mencapai pensijilan dan akreditasi penuh produk untuk memenuhi Standard Kawalan Kualiti industri ini. Anda akan berasa yakin dengan kualiti dan kredibiliti yang telah dilalui oleh berjuta orang di serata dunia. Sebagai tanda bukti bagi kualiti dan ketahanan hebat produk Optimum, semua produk ini menawarkan percubaan percuma dengan jaminan 30-hari wang dikembalikan dan waranti yang menyeluruh. Dengan ibu pejabat Optimum yang berpangkalan di Melbourne, Australia, anda akan menerima perkhidmatan pelanggan yang berdedikasi bersama sokongan pelanggan 24 jam seminggu (24X7).


Produk Yang Paling Laris


Pengisar Vorteks Berkelajuan Tinggi Optimum: Pengisar Vorteks Optimum terkenal sebagai salah satu jenama global terkemuka bagi pengisar vorteks berkelajuan tinggi yang tahan lama, sesuai untuk kedua-dua penggunaan domestik dan komersil. Optimum 9400 telah mendapat pujian di peringkat antarabangsa daripada cef profesional dan juga peminat makanan sebagai sebuah produk yang berkualiti tinggi dimana ia bukan sahaja menghasilkan smoothie dan jus, tapi juga berjaya dalam menyediakan pelbagai jenis penyediaan makanan serta mampu menghasilkan mentega kacang yang sedap, susu kacang, cecahan, sup panas, pencuci mulut sejuk beku dan banyak lagi. Pengisar Optimum berada di tempat #1 oleh Choice Australia – bersama Vitamix – dan berada di takhta #1 dalam Ulasan Produk Australia, berdasarkan ulasan pelanggan bebas. Tonton video perbandingan kami di sini.

Pemerah Jus Perlahan Termampat Sejuk Optimum: Pemerah Jus Perlahan Optimum juga telah diiktiraf di seluruh dunia atas kualiti dan prestasi yang mengagumkan. Pemerah Jus Optimum mendapat tempat #1 di UK oleh Majalah T3, manakala Optimum 600 dan Optimum 700 sedang mengalami revolusi industri dengan menghasilkan jus buah-buahan dan sayur-sayuran sepenuhnya, menyingkirkan keperluan untuk menyediakan makanan.

Optimuml ThermoCook: Mesin Memasak Pelbagai Fungsi Optimuml ThermoCook: serta-merta menjadi salah satu perkakas kami yang paling popular, mendapat tempat #1 sebagai Jenama Perkakas Dapur Semua-dalam-satu oleh Ulasan Produk Australia dan menakluk takhta sebagai saingan #1 Thermomix Australia. Dengan 20 fungsi mudah, anda boleh memotong, memukul, mengadun, mencampur, menguli, memasak, mengisar, mengacau, mengukus dan lebih banyak lagi dengan hanya menekan satu butang. Anda akan menjimatkan masa, ruang dan wang dengan peralatan dapur yang melakukan setiap kerja ini.

Optimum P200 Dehidrator: Sistem Pengeringan Parallax Optimum P200 dehidrator: membolehkan udara disebarkan sama rata di seluruh dulang, dari atas ke bawah dan dari depan ke belakang. Alat ini menghapuskan pencemaran rasa dan memastikan konsistensi aliran udara agar anda dapat menghasilkan snek yang sedap dan berkhasiat di rumah dengan mudah untuk anda dan keluarga anda, memastikan snek anda sentiasa berkhasiat dan bebas daripada bahan-bahan pengawet dan bahan tambahan yang lain.

Sebagai sebuah jenama yang sentiasa berinovasi untuk menyediakan perkakas dapur dengan kualiti berkesan terbaik, Optimum sentiasa memperkenalkan produk-produk baru dalam pilihan mereka. Pastikan anda melanggani surat berita kami dan ikuti kami di platform media sosial kami untuk menjadi yang pertama mengetahui pelancaran produk baru dan tawaran eksklusif.

Dipercayai oleh Perniagaan Komersil


Model tertentu dalam pilihan Optimum direka khas untuk bar dan kafe jus yang sibuk dengan kelebihan dalam reka bentuknya yang menjimatkan ruang secara efektif, keupayaan mengadunkan tugas berat dan bekas kalis bunyi yang berkualiti tinggi. Reka bentuk enam bilah pengisar Optimum ini diperbuat daripada besi Jepun yang menjadikannya tahan lasak, tahan lama dan bebas daripada berkarat. Bilahnya direka sebagai satu pemasangan pelbagai guna yang mudah mengadunkan kedua-dua bahan basah dan kering dengan kemudahan dan kecekapan yang setara.  

Malah, pengisar komersil kami ini sememangnya tahan lama dan cekap dimana ia dipercayai oleh rantaian tempatan seperti Gloria Jean’s Coffees, Coffee Club, Wendy’s dan kafe makanan mentah dan lengkap yang lain. Selain itu, Froothie menawarkan satu waranti menyeluruh di seluruh negara dengan sokongan dan perkhidmatan 24X7 yang mengutamakan pelanggan kepada semua para pelanggan kami. Pusat perkhidmatan kami memastikan liputan yang lengkap supaya perniagaan anda tidak ketinggalan dengan satu minuman campuran pun. Froothie berdedikasi untuk membekalkan perkakas dan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi. Jika anda memerlukan bantuan dalam membuat pilihan pengisar terbaik kepada perniagaan anda, pakar-pakar kami sentiasa ada di sini untuk anda. Hubungi kami pada hari ini untuk maklumat lanjut.


Gabungan Froothie


Kami bekerjasama dengan duta-duta kesihatan terkemuka di seluruh dunia untuk memberikan kepada anda tips, resepi dan produk yang asli dan bermanfaat untuk membantu anda mencapai diri anda sendiri dan diri keluarga anda yang lebih sihat dan bahagia. Kami hanya bekerjasama dengan duta-duta yang bersungguh-sungguh dalam menyebarkan pengetahuan mereka tentang kesihatan dan kesejahteraan kerana mereka sememangnya mengambil berat dan percaya bahawa setiap orang harus diberi kuasa untuk mengubah gaya hidup mereka untuk jadi lebih baik, sama seperti tujuan Froothie ditubuhkan.

Duta-duta kami mengembangkan falsafah Froothie – berkongsi dan mengambil berat dengan memperkenalkan produk eksklusif Froothie yang telah diuji sendiri dan dipercayai dapat membantu meningkatkan kesihatan dan hidup mereka. Kami berazam untuk mencipta satu gerakan gaya hidup yang menggesa semua orang menghargai tubuh yang telah dianugerahkan kepada mereka dengan memaksimakan cara mereka jalani hidup mereka melalui cara Froothie – makan makanan sihat dengan cara yang pantas, mudah dan menyeronokkan. Sebab itu semua produk kami diperbuat supaya mudah dan senang untuk beroperasi, direka untuk menghasilkan makanan sihat sepantas yang boleh, dan tahan lama selama bertahun lamanya. Kami di sini untuk membina masyarakat yang menggalakkan gaya hidup sihat dimana ia tidak membuatkan anda berputus asa tapi terus memajukan diri anda.

Jika anda berminat untuk kongsikan kegembiraan yang telah kami bawakan kepada kehidupan orang lain menjadi lebih baik, anda boleh memohon untuk menjadi salah seorang duta kami di sini. Kami berikan jaminan kepada anda bersama Froothie, akan sentiasa ada sesuatu yang sihat dan menyeronokkan untuk anda dan keluarga anda bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

Copyright Athena Solutions Pty Ltd

contact info

  • Athena Solutions Pty Ltd – Froothie (MY)
    Unit 4, 173-181 Rooks Road
    Vermont VIC 3133
    Australia
    ABN: 17 149 490 602
    Customer service : [email protected]

INSTAGRAM